Bollywood Di Sini
tonton, tulis, baca
Monday, April 16, 2012
MTV - Chokra Jawaan (film: Ishawzaade)
Saturday, April 14, 2012
MTV - Laila (film: Tezz)
MTV - Dan Dan Cheeni (film: Department)
MTV - Aakhon Mein Jo (Raat Bhar) (film: Hate Story)
Saturday, April 7, 2012
Agneepath (2012)
Agneepath, buah tangan dari Karan Johar terbaru, selaku penerbit, dan diarahkan oleh Karan Malhotra. Sebuah filem remake filem tahun 1990 yang mana menampilkan Amitabh Bachchan sebagai pemain utama dibantu oleh Dany Denzongpa dan Mithun Chakraborty. Namun begitu, penonton perlu tahu, walaupun filem ini dijaja sebaga Remake filem yang mengekalkan tajuk yang sama, ceritanya sama dengan pengubahsuaian dan juga penambahan karakter.
Tidak berkesempatan untuk menonton filem asalnya, aku masih dapat rasakan faktor x Agneepath masih wujud dalam kelahiran kedua ini. Filem yang mengisahkan satu perjalanan membara seorang kanak kanak yang mana bapanya telah dibunuh akibat fitnah oleh si jahat ini memang sebuah filem yang dasyat dengan permainannya. Jelas dipaparkan bagaimana sebuah kehidupan mampu berubah dan diubah dengan permainan yang tidak disangka sangka.
Agneepath mengisahkan Vijay (Hrithik Roshan) anak kepada seorang master di sebuah pulau terpencil yang menuntut bela atas kematian bapanya di tangan Kancha (Sanjay Dutt). Dalam 15 tahun penantian untuk satu pembalasan dendam, Vijay bersama dengan Rauf Lala (Rishi Kapoor), seorang ketua jenayah pemerdagangan orang. Dalam diam, Rauf Lala sebenarnya tidak pernah sedar Vijay sebenarnya menggunakan dirinya untuk sampai kepada Kancha.
Sebagai sebuah filem dendam yang memang hebat, filem ini tidak mampu menyuntik elemen romantik dengan baik dan sempurna. Walaupun begitu, jelas dipaparkan bagaimana cinta Kaali cuba disulam sebaik mungkin supaya heroinnya masih muncul untuk membantu. Namun, sebagai sebuah filem dendam yang berat, aku rasakan kisah cinta tidak mampu untuk diselitkan dengan banyak menjadikan Priyanka Chopra hanyalah muncul dalam satu dua adegan yang tidak berapa penting sangat.
Dalam kisah ini juga terselit mesej kekeluargaan dan juga kasih sayang. Idea yang memang menjadikan filem Bollywood filem yang hebat. Kisah dendam si Vijay memang bukanlah untuk dirinya sahaja. Tetapi untuk mengembalikan maruah dan kehidupan masyarakat pulaunya.
Dengan lakonan Hrithik Roshan yang tidak perlu dipertikaikan lagi, Agneepath punya keistimewaan dari garapan babak babaknya yang menarik dan tricky. Walaupun kita sudah tahu apa tujuan Vijay masuk menyertai Rauf Lala, kita masih ingin tahu seterusnya dan apa yang terjadi sehinggakan dia dapat menggenggam dendam Kancha semula.
Kehadiran Katrina Kaif selaku penampilan khas tidaklah menyerlah sangat. Chakne Chameli pula hanyalah trek yang sederhana seksi. Namun begitu, ianya masih mampu untuk memberikan hiburan yang membuka mata.
Apapun, Agneepath sebuah klasikal hindi yang jarang kita lihat kini. Kembalinya filem ini dalam era baru ini membawa kembali nostalgia filem asal (walaupun aku x tonton). Ternyata kehebatan filem ini bukan pada pelakonnya, tetapi kekuatannya ada pada dendam untuk mengembalikan maruah dan hak sesebuah keluarga dan masyarakat.
4.5/5
Thursday, March 29, 2012
Tere Naal Love Ho Gaya (2012)
Ritesh Deshmukh tidak mampu untuk membawakan sebuah kisah cinta yang menarik untuk kisah ini. Pada pandangan aku, lakonannya lebih baik berada dalam komedi seperti filem filemnya terdahulu. Menjadi si romantic memerlukan kehebatan yang lebih. Malangnya, Ritesh nampak lebih banyak menonjol untuk komedinya berbanding romantikanya yang diperlukan untuk menjadi si jejaka yang menjadi tangisan hiburan penonton Hindustan.
Jeene De dan Piya Ore Piya antara trek yang cukup menarik. Pengarah muziknya mungkin baru di telinga aku, tetapi gubahannya memang cukup syahdu, walaupun suara penyanyi latar memang nampak pelik sangat dengan gaya Ritesh Deshmukh.
Persembahan filem ini nampak mampat dan bermula dengan pantas. Berjenaka sampai imbangan ceritanya hilang dan romantika tak dapat dibuka. Di bahagian kedua, kejutan yang menjadikan twist filem ini masih tidak mampu untuk mengangkat kehebatan lakonan si heroin dan menjadikan rata rata bahagian filem ini mendatar dan hanya komedi tahap senyum. Walaupun begitu, aku rasakan Tere Naal Love Ho Gaya bukanlah cerita cinta saja. Ianya tentang keazaman untuk berubah dan juga tentang kesedaran.
Tere Naal Love Ho Gaya mengisahkan bagaimana Viren (Ritesh Deshmukh) yang terpaksa mengharungi satu adventur apabila duit miliknya (yang disimpan dalam teksinya) hilang apabila Bhatti (Tinnu Anand), ayah kepada Mini (Genelia Deshmukh) menjual teksi roda tiganya. Dijadikan cerita, semasa Viren mengamuk, Mini mengambil peluang ini untuk lari dari pernikahan tanpa relanya. Bermulalah pengembaran Mini dan Viren dan berputik cinta.
3/5
Sunday, March 25, 2012
MTV - I'll Do The Talking (film: Agent Vinod)
Saturday, March 24, 2012
MTV - Jeene De (film: Tere Naal Love Ho Gaya)
Monday, March 19, 2012
Desi Boyz (2011)
Gabungan Akshay Kumar dan John Abraham ini pada aku kurang memberikan semangat yang ingin disampaikan. Pada aku, walaupun Desi Boyz sebuah masala asli India dengan setting di kotaraya luar India, aku rasakan idea modernisasi itu tidak masyuk untuk kepala aku. Walaupun begitu, tidaklah aku katakana Desi Boyz sebuah drama bosan, tetapi aku hanya mengatakan, janganlah mengharapkan sesuatu yang luar biasa dalam filem ini.
Sebuah filem komedi arahan Rohit Dhawan dengan bintang bergemerlapan Akshay Kumar, John Abraham juga heroin pojaan Deepika Padukone. Desi Boyz mengisahkan bagaimana dua orang sahabat yang berbeza taraf pendidikan terpaksa menghadapi kemelut apabila dibuang kerja akibat krisis ekonomi. Dek kerana terdesak, mereka akhirnya menjadi gigolo di Desi Boyz Club. Semuanya bermula dan berakhir dengan tidak sempurna. Dan ketidaksempurnaan itulah bakal diselesaikan ke penghabisan cerita.
Music gubahan Pritam nampak menarik dan fantastic. Lagu item, Make Some Noise For The Desi Boyz memang best. Subha Hone Na De juga tidak kurang hebatnya.
Sekali lagi, tidak perlu mengharapkan luar biasa filem ini muncul sampai terbeliak biji mata. Ianya komedi ringan yang taklah komedi sangat. Kalau dikatakan lebih berat ke arah drama pun ok jugaklah. Desi Boyz memang sebuah cerita mengenai desakan hidup, persahabatan, cinta dan juga kehidupan. Sebuah filem yang menarik untuk ditonton, jika anda meminati Akshay Kumar dan John Abraham, wahai ladies out there!
3/5
Saturday, March 17, 2012
MTV - Do U Know (film: Housefull 2: The Dirty Dozen)
Subscribe to:
Posts (Atom)



